Tuesday, January 13, 2009

Mati
(belasungkawa GTS 1991-2007)

habis kikis, segala cintaku hilang terbang, pulang kembali aku padaMu seperti dahulu 2 ;

memang mati bergetar dan menyubur dalam tubuh sebagai nafas –kerana hidup dan mati itu sepasang kekasih yang bergelut dalam rindu; serupa nesia kepada sibuta, waktu kepada jam, tajam kepada pisau, luka kepada darah , diam kepada batu, jarak kepada langit, hitam kepada bayang, putih kepada kapan, sepi kepada Adam, gugur kepada daun, kocak kepada air, duri kepada mawar, basah kepada haus, yoko kepada lennon, lalang kepada padang, kata kepada mantera, aku kepada calon isteriku - menjadi cinta sejati bersimpul mati seperti perginya penyair ku, mati ialah orgasme dalam persetubuhan sepasang kekasih yang panjang. ya mati mengitari setiap nafas, mati mengitari setiap roh; ia terus meluncur ke relung langit dalammu sambil mencongak-congak detik siapa pula yang habis

memang akhirnya tubuhpun diam dan sendiri, cerita serta peristiwa berlalu beku 3




2 Petikan sajak Amir Hamzah berjudul 'PadaMu Jua'.
3 Petikan sajak Chairil Anwar berjudul 'Yang Terampas dan Yang Putus.

kubuka daya hidup.