Sunday, June 29, 2008

Bangunkan Lagi Sastra API


aku kembali menggasak jiwa
mahu mengaum laksana belangjingga

mengalir, mengalirlah sungai seniku
menduga dalam samudera rasa dan pesona

kata-kata melakar warna manusia
sukmaku bergelora, hati berombak

menghempas karangderita. pantaiduka
dengan suara-suara kepribadian ghinaya

ayuh, bangunkan lagi rumah-rumah puisi kita
perumahan setinggan harapan anakmuda

biar dongak ke langit terbuka, jangan lupa
tunduk merendah menyembah Esa

kita adalah zaman yang memberi makna
dengan sari citra sendiri

menyalalah dengan nyali muda berbara
menolak keserakahan ke tebing terjal

kerana sastera bukan empunya segelintir nama

aku lewati jalan-jalan sepi jalan-jalan debu
mengajar dengan rotan kehidupan

tentang sahabatmusuh dan musuhsahabat
yang membugar sempadan kemanusiaan

paluan demi paluan menjadi belulang
memperkasa nyali kesenimanan

1 comment:

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

salam sastera API!

Kaktus di dasar sukma, membenam diri di pasir tandus....tak pernah gersang dilanggar kuda dan unta....

betapa dunia sastera Darul Hana menyaksikan PEPERANGAN POSITIF dari API - Angkatan Perkarya Indie ... begitu petikan emosi dari seorang yang mengaku pendukung sastera Sarawak.