kian terasa terjahan keras hari muka
mengungkap cerita lara
antara pertuanan dan perjuangan
mengikis jadi perih dalam dada
kembang-kempis menahan perit
luka sebuah bangsa
mengandung kolam jiwa
cerita keruh dari tipu-daya
dari maksud yang penuh tuba
mengikat tangan-tangan, kaki-kaki
kepala-kepala, tubuh-tubuh
menjadi seberkas yang beku
dibenam kedasar lintahdarat
bumi kering, tandus tanpa hikmah
daya mati—tersadai di
kerusi berkuasa hanya kisah pelayaran
untuk lemas di tengah lautan
disamping kekasih gelita
membawa budaya ke tebing terjal
menolak kampung ke gaung marginaliti
seraya berkata, “ inilah masa depan!”
puing-puing adat istiadat
melonggoknya jadi kehancuran
tentang dengung pembangunan
berbalik-balik antara gegendang
begitu merenyahkan pulas tidur malam
rosli dhoby dibelenggu semangat badiknya
hanya melaung suara terpendam dalam
jadi sejarah tak berguna
diperhitung tanpa kesedaran
bahawa nasib sesebuah bangsa
iubahnya sendiri
nota kaki; 'a river of drys tears' adalah judul buku karangan Abg Yusuf Putih tentang kemiskinan di bumi Sarawak Darul Hana
No comments:
Post a Comment